Assalamualaikum.
Hi everyone ^^ !
Heee~~ pregnancy dah masuk minggu ke-28. Alhamdulillah baby
sangat aktif, especially after maghrib. Hubby and me ada pegi scan 2hari yang
lalu, nampaknya position baby dah dalam keadaan ready. Kepala dah kebawah,
kakinya di atas (di bawah tulang rusuk saya) dan uri berada di sebelah belakang
tulang punggung saya. Hee~~ Masya-Allah terharunya tengok scan baby time tuh.
Laju ja saya teringat mak, mesti begini lah keadaannya masa mengandungkan saya
dulu. Mom, I owe u so much :’)
Delivery due date adalah kurang dari 3bulan dari sekarang. Hubby
dan saya sudah pun menyiapkan budget bagi menyambut first baby kitorang ^^. Bulan
February ni keja kitorang just survey harga ja. Berpusing2 la kitorang di Kota
Kinabalu ni, ada juga price yang kitorang dapat info dari orang yang
berpengalaman. Di area KK ni, tempat bajet yang senang jumpa barang murah ialah
Servey Supermarket, CKS, Daiso dan Ramai Jaya Menggatal. Tapi tempat2 ni
bukanlah tempat jual barangan khas tuk baby. So lastly memang akan terpegi juga
lah ke shopping mall yang faham2 lah pricenya macam mana. Yang penting bukan
jenama tapi kualiti yang berpadanan dengan harga.
Senarai barangan keperluan asas newborn baby:
( listling ini hanya ada yang basic sahaja, sila google2 lagi tuk info tambahan)
1. Pampers –banyak di perlukam since newborn belum complete
penghadamannya, so memang akan selalu ‘poo’
2. Lampin –adalah digalakkan lebih banyak pakai lampin dari
pampers coz lampin lagi selamat tanpa bahan2 yang tidak diketahui dan kurang
risiko ruam. Dan kos lg murah. Tapi sengsara lah nak mencuci.
3. Baju baby lengan pendek –di pakai waktu siang
4. Baju baby lengan panjang – di pakai waktu malam
5. Seluar baby- panjang atau pendek, depends on mommy coz
kalau saya, saya pilih yang panjang ja semua ^^
6. Booties & mittens – sarung kaki dan sarung tangan ini
akan di pakai minimum sampai baby umur 2bulan ja, so saya beli 5pasang ja. Nak
2pasang ja pun ok, cuma kena rajin lah mencuci tiap kali pakai.
7. Pembalut perut baby- yang ini selalu akan di pakai since
senang terkena poo. Akan di pakai sampai tali pusat baby tertanggal sendiri,
paling laju pun dalam 2-3hari dah tanggal, ada pula yang sampai 1bulan. So,
saya pun beli 5 helai ja. By the way, orang kata kalau tali pusat baby cepat
tanggal means baby tu seorang yang pemurah dan lembut hatinya.
8. Sarung kepala baby- kepala newborn mesti selalu di
lindungi, kan masih lembut dan sensetif.. ni tak payah banyak pun coz cuma akan
di pakai time jalan ja. Kalau kan rumah ja, kita boleh pakai kain selimutnya
tuk coz kepala baby.
9. Sapu tangan
10. Towel
11. Wet tissue – must buy a lot.
12. Pin lampin
13. Changing mat – mat tuk tukar pampers/lampin supaya poo
tak terkena tilam. Boleh juga di pakai time mandikan baby supaya tak slippery.
14. Tilam baby – lagi bagus kalau sedia dengan set bantal
and bolster
15. Bantal & bolster
16. Blanket
17. Besen mandi baby
18. Toiletries – sabun mandi, syampoo
19. Tempat simpan barangan baby – kalau ada space kat
almari, tak payah la beli. Or maybe beli la almari tuk baby terus. Saya pilih
box sahaja dulu, kemudian nanti baru lah saya beli almari yang kiut2. Heee kita
bajet yang basic sahaja yee~~
20. Minyak kelapa – yang ni actually adalah alternative dari
minyak telon @ yu yee. Dengar2 ada keraguan dari kehalalan dari minyak tu. So,
me and hubby decide nak buat homemade coconut oil. Minyak kayu putih pun okey,
kita campur ngan air sikit coz saya takut baby kepedasan pla J
And saya ada buat costing tuk senarai barangan keperluan
baby dalam bentuk excel. Cua tengok yang kaler merah2 tu means belum di beli. Belum
fix ni, akan di tambah dari masa ke semasa. Hihi just for example ^^
Ada juga planning tuk monthly
budget kitorang. Almaklumlah kami laki bini ni
bukan lah berduit sangat, so semua mesti dalam planning. Banyak yang
belum letak harga coz kitorang belum fix mana yang kitorang nak beli ^^
Pheww~ ni baru yang basic ni. Belum masuk lagi yang lain2,
contohnya beg sikut tuk angkat baby, stroller, penyangkut jemuran pakaian baby,
botol susu, susu formula.. Semoga kita dikurniakan susu yang banyak supaya
dapat jimat masa, tenaga dan duit$$.
Bagi moms to be yang juga inginkan format excel macam saya, maybe website ini boleh membantu>> excel templates
Bagi moms to be yang juga inginkan format excel macam saya, maybe website ini boleh membantu>> excel templates
Okey, that’s for this entry.
Thanks for reading guys ^^ !
No comments:
Post a Comment