Assalamualaikum..
Hi everyone!
Sedar tak sedar dah 6bulan saya sejak saya berhenti kerja dan
kandungan saya pun sudah berusia 6bulan. Alhamdulillah~ yeayy!
Selepas setengah tahun saya berhenti menjadi kuli orang lain,
saya telah menjadi princess di rumah. Tak banyak kerja, (actually banyak jugak
la kalau nak buat sangat) owh okey, kerja memang available ja tapi saya sendiri
yang tak buat banyak kerja. Hohoho. Alaaa~~ orang ngandung kan tak boleh buat
kerja berat2. 6bulan pertama adalah saat2 genting bagi wanita mengandung sebab
waktu ini lah kandungan kita agak fragile. Kena jaga dengan rapi tau! Kita tak
mau la ada risiko keatas ibu dan baby dalam kandungan.
Ada juga banyak pantangnya ketika tempoh kita mengandung. Ada
pantang ikut adat, pantang ikut agama dan ada pula pantang ikut rasional
kesihatan. Ada banyak pantang larang ketika hamil, tuan puan boleh google
sendiri, memang berlambak kluar, kadang ada yang main repeat2. Agaknya dorang
pi copy kot? Atau memang dah gitu? Ntah la. Selain dari informasi melalui
internet, orang2 tua pun ada bagi nasihat pada saya. Di sini saya ingin share
serba sedikit pengetahuan yang saya ada.
Nasihat buat wanita mengandung.
1. Dilarang menjahit atau mengunting.
Ini adalah masalah
buat saya. Sejak saya pregnant ni, hobi saya adalah menjahit(buat pin tudung
bunga2) dan menyulam. Saya dah try tuk tidak pegang jarum tapi aduhh…saya
failed. Lagipun ini bukan pantang dalam Islam kan? So, dengan takut2nya, saya
ignore larangan ini. Tapi saya memang
takut2 la, dorang cakap nanti baby macam kena jahit la, nanti bersalin banyak
kena gunting and banyak kena jahit. Sangat menakutkan, jadi saya berdoa and
bertawakkal saja la.
2. Amalkan membaca surah2 dalam Quran.
Ini memang betul tau. Ada kawan saya lahirkan baby seberat 3.8kg
dan lahir secara normal. Menurutnya, dia suka mengaji time pregnant. And ada
lagi, yang ni pula anak cikgu. Wah umur baru 4tahun tapi dah lancer mengaji.
Dan budak ni, amazingly, amat rajin berzikir taw. Masya-Allah. Dan kereta, tak
buat apa2, sedar2 budak tu sedang berzikir. Ibunya cakap, masa pregnant dulu
dia selalu baca Quran.
3. Jangan buat
kerja berat.
Rasanya
semua pun tahu pasal ni. Especially pada 3bulan yang pertama, kita elakkan buat
kerja2 berat. Contohnya mengangkat benda2 yang berat atau menyental jeans atau
mendaki gunung atau berkungfu. Aktiviti2 seperti ini akan memberi tekanan pada rahim
dan sebarang tekanan pada rahim adalah amat bahaya kepada baby. Almaklumlah baby
masih belum cukup kuat berpaut pada dinding rahim, jadi amatlah senang tuk ‘jatuh’.
Nauzubillah minzalik.
Namun,
apabila due tuk bersalin dah nak dekat, kita di galakkan tuk bergerak lebih
aktif. Lebih aktif bukan bermaksud dah boleh buat kerja berat. Means kita masih
tak boleh berkungfu. Kita digalakkan tuk bergerak lagi aktif sewaktu akhir2
bulan mengandung supaya baby kita juga aktif dan senang la kita suruh dia
keluar time bersalin nanti.
4. Ikutkan
makanan yang kita idamkan.
Masa mengandung,
kita akan mengidam, ofkos. Bincang la perkara ini dengan suami, insya Allah
suami akan faham. Ikut sahaja apa yang kita idamkan itu dengan berpada-pada. Jangan
nak diet pula. Sebab yang mengidam itu adalah baby kita. Mak cakap, kalau ada
yang kita idamkan tapi kita tak dapat, baby yang bakal lahir nanti akan
sentiasa berliur. Pernah nampak budak kecik yang dah berumur 5tahun tapi masih
berliur2? Nah, macam tu la tu.
Then ada
pula yang mengidam tak boleh makan itu tak boleh makan ini. Contohnya saya tak
suka ikan dan telur sedangkan ikan dan telur adalah sumber protein. Oleh sebab
itu, kita gantikan la dengan sumber protein yang lain. Contohnya beef steak….chicken
chop… kebab yang paling sedap lagi wangi~~~ waaa~~
5. Jaga
pemakanan.
Jangan minum
banyak cola, nanti baby senang kluar pramatang. Lagipun cola tu banyak gula,
takut kita kena darah tinggi pula time pregnant. Coz risiko diabetis time
pregnancy adalah tinggi. Jangan makan terlalu pedas. Apa yang kita makan, tu
juga la yang baby akan makan. Kesian la baby kepedasan dan kepanasan kalau kita
ikutkan makan yang pedas2 saja.
Saya ada
dengar tentang pantang makan nanas. Dari sudut saintifik atau agama, tak ada pula
pantang ini. Cuma, ada baiknya kita elakkan especially pada awal kehamilan. Coz
nanas ni menggalakkan penguguran darah. Saya sendiri suka nanas and time menaip
ni pun saya sedang makan nanas, tak ada masalah pula. Tapi awal 3bulan tu, saya
memang tak makan nanas.
Macam saya
cakap tadi, baby kita makan apa yang kita makan. Jadi makan lah makanan yang
baik lagi berkhasiat. Pastikan halal, cek tanda halal jakim tiap kali beli
barang makanan. Pastikan halal yang betul2 halal. Ada tanda halal tu yang ketara
dibuat2 sendiri, jangan lah kita percaya. Kita tidak mahu benda haram masuk ke
perut kita dan sekali gus membentuk daging baby kita.
5. Elakkan
stress, jangan marah2.
Orang mengandung
memang agak garang, tu la yang nenek cakap dengan saya. Sebaiknya kita elakkan
marah2 ni. Yala memang kita akan senang melenting, bukannya dibuat2 tapi ada baiknya kita try control kemarahan kita
itu. Kan ka apa yang kita buat akan reflect pada baby kita juga. Takut nanti
anak jadi keras hati dan garang pula. Banyakkan bersabar, motivasi diri dan
carilah apa2 yang boleh buat kita sentiasa happy tapi tidak menyusahkan orang
lain pula. Suggestion saya adalah kita tengok movie yang lucu2 contohnya ‘White
Chick’ atau ‘Superhero Movie’ atau mungkin kita boleh sibukkan diri dengan
hobby?
Well, setakat
ini sahaja la entry kali ini. Probably next saya akan share lagi nasihat2 buat
wanita mengandung. Or maybe anda di sana boleh share dengan saya? Komen dan
pandangan anda amat di alu2kan. And sorry atas penggunaan bahasa saya yang
kurang kiyut. Hiwhiw~
Thanks for
reading guys!
No comments:
Post a Comment