Me and Manggis

Tuesday, 11 March 2014

Positif Mengandung: Panduan Ibu Pertama

Assalamualaikum.

Hi everyone!

Start dari positif mengandung, perkara pertama yang kita buat ialah bagitau orang. Haha part ni boleh buat macam2 cara. Orang paling suka taw kita pregnant ni.

Then, register pegi klinik. Saya sendiri, lepas 3bulan pregnancy baru register di klinik, biarpun awal2 saya dah taw saya pregnant. Why? Sebab leceh. Tiap kali pegi klinik kena ambil darah taw. Anyway dear, kita first time pregnant patut lagi cautious. First pregnancy yang baik will lead to second and so on pregnancy yang baik juga. So, sepa2 yang first pregnancy tu baik pegi klinik awal2.

Register di klinik mengandung/ klinik ibu dan anak
Document yang di perlukan:
1. IC diri sendiri
2. Salinan ic diri dan suami
3. Salinan sijil nikah
4. Surat pengesahan mengandung

Means kita kena sedia fotostet awal2 la. Mendaftar di klinik mengandung mesti ada surat pengesahan mengandung juga. Biarpun perut sudah tertonjol kluar, teda dorang pedulik tuh! Mesti ada pengesahan mengandung jugak. Surat pengesahan mengandung ni kita boleh buat di klinik yang sama kita mo register mengandung tu. Kita boleh pilih sama ada register di private klinik atau pegi kat klinik kerajaan ja. Saya berklinik di Klinik Kesihatan Menggatal sahaja. Fee RM1.

Mengandung kali pertama: Perbezaan berklinik di klinik kerajaan dan swasta.

Kalau berklinik di klinik kerajaan, kosnya lagi murah. Aaah..yang tu yang paling highlight. Kos. Mendaftar RM5 sahaja. Checking pregnancy tiap bulan kena caj free. Jumpa doc and scan baby pun free. Suplemen prenatal, vitamin2 tu suma free, termasuk lah kos imunisasi makmal. Contohnya yang ambil darah dan suntikan kancing gigi(dua kali ni kita kena kalau first time mengandung).

Satu lagi kebaikan pilih klinik kerajaan ialah dorang akan buat lawatan ke atas ibu mengandung selepas bersalin nanti. Hehe nurse free2 datang rumah. Sila kemas2kan rumah yee. Dorang ni boleh kasi tips2 yang baik sambil pantau kesihatan kita juga la ^^

Cuma yang tak bestnya, ramai sangat orang di klinik kerajaan. Maklumlah murah kaaann.. Warga asing pun bertimbun. Besakan saja la dengan pemandangan2 camtu. Sila jangan jadi racist. Dorang pun manusia juga, ibu juga, yang mengandung juga. Lagipun kita mesti didik diri sendiri tuk slalu bersabar , jaga kandungan tu. Baby berkongsi hormone dengan kita taw. Oleh sebab ramai sangat orang, masa menunggu tu pun lama la.. Kepada yang berkerja tu, baik minta cuti saja lah. Line amat panjang ni. Sudah tu, panas lagi.. Adeh..

My tips tuk yang pilih government clinic:
1. Sila beli kipas sendiri. Beli yang pakai bateri la.
2. Pastu jangan lupa cas henpon. Memang sangat boring, maybe kita boleh update fb atau main game sementara menunggu.
3. Datang la awal dari masa temujanji, coz staff keja kerajaan ni kadang pandai garang taw. Lagipun, awal datang awal lah di panggil. Hubby saya bekerja, so kami akan pastikan kami sudah di klinik sebelum klinik tu di buka lagi.

Kalau nak lagi privacy, yang tak ramai orang, then aircon banyak, saya suggest pegi private. Tempat bersih dan aman dengan bau ubat (uwekk). Beratur pun tak la sesak sangat. Private klinik akan bagi masa temujanji yang special tuk kita, kadang tak payah beratur pun. Pastu, orang yang cek kita adalah doctor atau pakar sahaja. Bukan macam di klinik kerajaan, monthly checking dorang kasi sama nurse/bidan besa sahaja. So, feeling special sikit la.

Doc yang cek kita pun adalah doc yang sama. Kalau kita dapat doc pompuan lagi bagus, puan doc ja la yang cek2 perut kita. Di klinik kerajaan, doktornya len2. Kadang kita terkena pada doc lelaki India yang pandai buat roti canai, nehh dicanai lai tu perut. Haha gurau ja la. Tapi tak selesa la kalau lelaki lain yang pegang2 perut kita. (syukur di Menggatal ni ada 2doc ja n dua2 pun pompuan. Alhamdulillah)
Tiap kali kita pegi checking pun, clinic akan buat scan. Memang tu la gadget dorang, kali2 scan. Bagus jugak, tiap kali dapat tengok baby.
Yang akan jadi masalah ialah kos. Kos akan lagi tinggi bergantung pada tempat di mana kita pegi berklinik. Kemudahan yang ada dan kepakaran doc pun amatlah costly. Cost tuk consultation pun boleh sampai ratus jugak oo. Teda la suplemen free atau vitamin2. Dorang bagi jugak tapi mahal la. Kena suntikan lagi, pemeriksaan darah lagi, tu suma kita kena bayar taw. Kalau di klinik kerajaan, nurse akan melawat dan memantau kita lepas bersalin tapi kalau di private, teda la tu suma. Kita yang mo kena lawat dorang, pastu bayar lagi.

Saya sendiri pilih klinik kerajaan ni sebab saya nak biasakan diri berklinik di tempat biasa2. Almaklumlah target nak ada anak ramai2, senang sikit buat kenduri kendara. Buat team bola sepak ka, team futsal ka, tak la susah cari orang kan? Haha.


Oh ya, sikit lagi lupa! Even kita berklinik di private pun, kita tetap boleh bersalin di hospital kerajaan taw. Cuma lambat sikit kali, ada kerenah lagi. Since kita berklinik di private. Maklumat2 pregnancy kita pun terprivate jugak la. Terpaksa doc tunggu maklumat dari clinic kita dulu coz dorang takda maklumat tentang pregnancy kita. 


Len la kalau klinik kerajaan, trus ada link dengan hospital. Eyy macam xbest pulak. Mommy2 sila la tanya2 orang dulu. Saya rasa kelecehan itu tak akan jadi kalau kita mendaftar bersalin awal di hospital kerajaan. So that pihak hospital boleh kontek n dapat maklumat awal dari private clinic tadi. Coz info tadi saya dapat pun dari sumber yang tak boleh di percayai. Haha apala saya ni macam penyebar berita palsu pulak. Eh tak la. Betul ni. Tu la yang saya dengar. Kita kan pregnant,..patut lagi cautious taw~~

Olait! Itu saja entry kali ni. Lepas ni kita cerita pasal pengalaman dan apa yang jadi masa di klinik pulak. Hihihi :D


Thanks for reading guys!



1 comment:

  1. btl 2... gov n private mmg bnyk beza.. tp tpulang la mna 1 cois kn... pnglman bebeza2... ari 2 appoinmnt ku dgn doc gov jm 8 tgu smpi jm 2 ptg lst2 tnya nurse. the best part is ... nurse ckp: esok la ko dtg nda pn ko p klnik lain pn bole... huhu trauma trus... baik nda pya bg appointmnt klu g2 kn... bkin skit jiwa buang msa free2 hihi

    ReplyDelete