Me and Manggis

Monday 24 March 2014

Yiy's Wedding @ Kota Belud

Assalamualaikum


Hi everyone!

Last month saya pegi attend wedding one of my best friend, Yiy Yiy. Which was held at Kota Belud. Seingat saya, saya memang penah pegi sini kira2 20 tahun lalu yang masa tu saya masih tak taw apa2 so, obviously saya memang tak tau apa2 tentang tempat ni. Tanya hubby pun, hubby tanya saya balik. Owh well, kita kan ada GPS. Why worry? Hahaha


The beautiful Yiy Yiy. Yang ni dia tengah pakai baju tradisional suku kaum Dusun Kota Belud.

KB! Here I come!

Then tersebutlah kesah, kitorang pakai GPS; G-P-S = Guna Pun Sesat. Teda bha pula tu tempat exist di GPS, pakai google map pun teda. Kami noticed yang kami dah sesat bila jumpa signboard Kota Marudu ahead. LOL telimpas sudah ni. Kitorang pusing balik pun tejumpa kampung2 orang yang lastly leads us to river. Patah balik lagi, jumpa pla jalan balik p KK. Huhu. Tanya orang kampung pun kami boleh sesat juga. 2x tanya, 2x la sesat. Kami kol la Yiy Yiy, rupa2nya kitorang suda jauh telimpas tu 1jalan. Kena balik pi pekan Kota Belud lagi.

Me and hubby driving dari KK ke KB, bukan men senang jak.. tu yang kompiden sangat tuh. Haihh.. Sesampai balik di pekan KB, baru la kami tejumpa jalan yang benar. Limpas karabau, limpas sawah, limpas hutan2, limpas tanah lapang, limpas kuda2, akhirnya jumpa juga rumah Yiy Yiy. Alhamdulillah..
Then saya nampak Yiy Yiy, tus saya hepi sangat2, terharu pun ada, macam mo nangis jugak saya. Eh kenapa pulak? Over bha saya ni kadang2.


Tengkiu la sama hubby yang bersabar ja dari tadi. Makasi aa~ Suda juga saya kasi sauk nasi ko banyak2 tadi kan? muehehe



Ey, macam press conference kan?

Me and hubby datang2 jak tus snap2 pic, salam peluk cium xoxo (me and Yiy Yiy ja) mesti pelik kalau hubby kami pun salam xoxo kan? Haha.

Then kami makan2, siap duduk di tempat VVIP lagi. Itu pla tempat yang paling cantik and teda orang, bha kami duduk la. Parents dorang laki bini ni amat peramah.

Ada kerisauan tu kalau pi tempat orang KadazanDusun kawin, coz dorang mesti ada aramaitii ni. Dorang kan non Muslim lagipun itu adalah adat. Tapi di sini, ada tu beer dalam tin tapi teda orang mau ni. Kena tolak2 ja bila orang pi offer. Yiy pun awal2 dah bisik, jangan risau makanan sini halal coz ada ipar dia Muslim yang masak. Memang betul pun, saya nampak sendiri macik2 bertudung yang di dapur tuh. Eh sembarang ja saya cakap macik kan? Sudah di bilang ipar puuunn.. okey la, kakak2. Kakak2 yang masak di dapur tu bertudung, so halalan thoiyiban. Alhamdulillah.

Ada tu special present saya tuk ni laki bini, teda pla pic dengan tu present.



Semoga Yiy and hubbynya bahagia sepanjang hayat.



Thanks for reading guys!

Wednesday 12 March 2014

Not So Tangled: Rei Mihani's Story

Assalamualaikum.



Rei Mihani is my real name. Rei-Mee-Ha-Nee. Tapi itu bukan la ejaan yang betul. Saya dipanggil dengan nama len juga, Hani, Aning and Nurhayati. Heee~~~


Saya sangat suka melukis. I love painting.




I paint,


I paint,


I paint a lot!


Saya sangat banyak melukis sejak dari kecil lagi. Kesukaan saya yang lain ialah membaca buku. 

Di zaman IT sekarang pun, saya tetap lagi sukakan buku berbanding format pdf. Kalau ada yang saya suka di internet, saya akan save dalam pdf dan kemudian print out tuk saya baca macam saya baca buku.


Saya pun suka berjalan-jalan dan tengok2 keindahan alam.


But since saya tinggal dengan family, saya jarang keluar jalan jauh. Saya duduk di rumah saja la..



Family cakap, anak gadis tak boleh selalu keluar rumah. Tak manis. Lagipun selagi saya dalam jagaan family, saya mesti stay di rumah, tak boleh suka2 berjalan. Then  saya ada ramai besfren! Yang paling rapat sejak sekolah menengah sampai sekarang ialah Ca.


Dengan Ca la saya selalu berjalan dulu. Saya berkerja di head office sebuah company di Kota Kinabalu. Saya berkerja sebagai Customer Service Representative.



Saya adalah tempat orang meluah perasaan dan rasa tidak puas hati dorang. Kerja saya adalah mendengar dan menyelesaikan masalah orang.


Kadang saya akan berjumpa dengan customer yang garang dan marah2. Tapi selalunya kalau saya mendengar dengan baik dan cepat selesaikan masalah, dorang akan jadi baik!



Saya selalu berkerja dengan ramai orang. Dari cikgu tadika, deal dengan ramai budak2 yang suka bermain. Ke customer relation di restoran, deal dengan orang ramai yang lapar. Sampai la ke customer service, deal dengan orang ramai yang mengirim duit.


Tapi sekarang saya sudah tidak berkerja. Saya sudah jumpa orang yang boleh baca buku sama2 dengan saya.


So, saya balik stay di rumah.

Kemas2 rumah,


Bersihkan rumah,

Kadang saya masak, tapi masakan saya tak sedap. Saya ja yang syok sendiri.


Dan sekarang saya ada hobby baru,


Saya suka menjahit, sambil menunggu suami balik dari kerja.


Haha this is real story, except part yang suami balik rumah. Hubby tak payah la mo kena memanjat tuk sampai ke rumah.




-The End-


Thanks for reading guys!



Tuesday 11 March 2014

Positif Mengandung: Panduan Ibu Pertama

Assalamualaikum.

Hi everyone!

Start dari positif mengandung, perkara pertama yang kita buat ialah bagitau orang. Haha part ni boleh buat macam2 cara. Orang paling suka taw kita pregnant ni.

Then, register pegi klinik. Saya sendiri, lepas 3bulan pregnancy baru register di klinik, biarpun awal2 saya dah taw saya pregnant. Why? Sebab leceh. Tiap kali pegi klinik kena ambil darah taw. Anyway dear, kita first time pregnant patut lagi cautious. First pregnancy yang baik will lead to second and so on pregnancy yang baik juga. So, sepa2 yang first pregnancy tu baik pegi klinik awal2.

Register di klinik mengandung/ klinik ibu dan anak
Document yang di perlukan:
1. IC diri sendiri
2. Salinan ic diri dan suami
3. Salinan sijil nikah
4. Surat pengesahan mengandung

Means kita kena sedia fotostet awal2 la. Mendaftar di klinik mengandung mesti ada surat pengesahan mengandung juga. Biarpun perut sudah tertonjol kluar, teda dorang pedulik tuh! Mesti ada pengesahan mengandung jugak. Surat pengesahan mengandung ni kita boleh buat di klinik yang sama kita mo register mengandung tu. Kita boleh pilih sama ada register di private klinik atau pegi kat klinik kerajaan ja. Saya berklinik di Klinik Kesihatan Menggatal sahaja. Fee RM1.

Mengandung kali pertama: Perbezaan berklinik di klinik kerajaan dan swasta.

Kalau berklinik di klinik kerajaan, kosnya lagi murah. Aaah..yang tu yang paling highlight. Kos. Mendaftar RM5 sahaja. Checking pregnancy tiap bulan kena caj free. Jumpa doc and scan baby pun free. Suplemen prenatal, vitamin2 tu suma free, termasuk lah kos imunisasi makmal. Contohnya yang ambil darah dan suntikan kancing gigi(dua kali ni kita kena kalau first time mengandung).

Satu lagi kebaikan pilih klinik kerajaan ialah dorang akan buat lawatan ke atas ibu mengandung selepas bersalin nanti. Hehe nurse free2 datang rumah. Sila kemas2kan rumah yee. Dorang ni boleh kasi tips2 yang baik sambil pantau kesihatan kita juga la ^^

Cuma yang tak bestnya, ramai sangat orang di klinik kerajaan. Maklumlah murah kaaann.. Warga asing pun bertimbun. Besakan saja la dengan pemandangan2 camtu. Sila jangan jadi racist. Dorang pun manusia juga, ibu juga, yang mengandung juga. Lagipun kita mesti didik diri sendiri tuk slalu bersabar , jaga kandungan tu. Baby berkongsi hormone dengan kita taw. Oleh sebab ramai sangat orang, masa menunggu tu pun lama la.. Kepada yang berkerja tu, baik minta cuti saja lah. Line amat panjang ni. Sudah tu, panas lagi.. Adeh..

My tips tuk yang pilih government clinic:
1. Sila beli kipas sendiri. Beli yang pakai bateri la.
2. Pastu jangan lupa cas henpon. Memang sangat boring, maybe kita boleh update fb atau main game sementara menunggu.
3. Datang la awal dari masa temujanji, coz staff keja kerajaan ni kadang pandai garang taw. Lagipun, awal datang awal lah di panggil. Hubby saya bekerja, so kami akan pastikan kami sudah di klinik sebelum klinik tu di buka lagi.

Kalau nak lagi privacy, yang tak ramai orang, then aircon banyak, saya suggest pegi private. Tempat bersih dan aman dengan bau ubat (uwekk). Beratur pun tak la sesak sangat. Private klinik akan bagi masa temujanji yang special tuk kita, kadang tak payah beratur pun. Pastu, orang yang cek kita adalah doctor atau pakar sahaja. Bukan macam di klinik kerajaan, monthly checking dorang kasi sama nurse/bidan besa sahaja. So, feeling special sikit la.

Doc yang cek kita pun adalah doc yang sama. Kalau kita dapat doc pompuan lagi bagus, puan doc ja la yang cek2 perut kita. Di klinik kerajaan, doktornya len2. Kadang kita terkena pada doc lelaki India yang pandai buat roti canai, nehh dicanai lai tu perut. Haha gurau ja la. Tapi tak selesa la kalau lelaki lain yang pegang2 perut kita. (syukur di Menggatal ni ada 2doc ja n dua2 pun pompuan. Alhamdulillah)
Tiap kali kita pegi checking pun, clinic akan buat scan. Memang tu la gadget dorang, kali2 scan. Bagus jugak, tiap kali dapat tengok baby.
Yang akan jadi masalah ialah kos. Kos akan lagi tinggi bergantung pada tempat di mana kita pegi berklinik. Kemudahan yang ada dan kepakaran doc pun amatlah costly. Cost tuk consultation pun boleh sampai ratus jugak oo. Teda la suplemen free atau vitamin2. Dorang bagi jugak tapi mahal la. Kena suntikan lagi, pemeriksaan darah lagi, tu suma kita kena bayar taw. Kalau di klinik kerajaan, nurse akan melawat dan memantau kita lepas bersalin tapi kalau di private, teda la tu suma. Kita yang mo kena lawat dorang, pastu bayar lagi.

Saya sendiri pilih klinik kerajaan ni sebab saya nak biasakan diri berklinik di tempat biasa2. Almaklumlah target nak ada anak ramai2, senang sikit buat kenduri kendara. Buat team bola sepak ka, team futsal ka, tak la susah cari orang kan? Haha.


Oh ya, sikit lagi lupa! Even kita berklinik di private pun, kita tetap boleh bersalin di hospital kerajaan taw. Cuma lambat sikit kali, ada kerenah lagi. Since kita berklinik di private. Maklumat2 pregnancy kita pun terprivate jugak la. Terpaksa doc tunggu maklumat dari clinic kita dulu coz dorang takda maklumat tentang pregnancy kita. 


Len la kalau klinik kerajaan, trus ada link dengan hospital. Eyy macam xbest pulak. Mommy2 sila la tanya2 orang dulu. Saya rasa kelecehan itu tak akan jadi kalau kita mendaftar bersalin awal di hospital kerajaan. So that pihak hospital boleh kontek n dapat maklumat awal dari private clinic tadi. Coz info tadi saya dapat pun dari sumber yang tak boleh di percayai. Haha apala saya ni macam penyebar berita palsu pulak. Eh tak la. Betul ni. Tu la yang saya dengar. Kita kan pregnant,..patut lagi cautious taw~~

Olait! Itu saja entry kali ni. Lepas ni kita cerita pasal pengalaman dan apa yang jadi masa di klinik pulak. Hihihi :D


Thanks for reading guys!



Monday 10 March 2014

Free ICT course and language class –sponsored by Sabah State Government

Assalamualaikum


Hi everyone!


Saya sedang 4month pregnant time saya apply kursus ni. Actually saya apply tuk creative writing. Ngehehe trip2 mo jadi penulis kunun. But class wasn’t available, so dorang offer English@Workplace level5. Mula2 memang tak minat tapi boring la selalu di rumah, so I accept.


ICT course and language class ni fully sponsored by government. Free yuran pengajian. Free material (books, textbook or dictionary). Free makan lagi! Woishh makan dia…boleh makan di hotel, di food court, bakery atau mana2 tempat jual makanan yang ada di Likas Square! Dorang akan bagi baucer makan n minum, then kita akan tukar dengan makanan di kedai mana yang kita mahu. Kalau makan di hotel, makanan ada buffet. Kena ceduk oleh dorang sendiri, so memang tak banyak la. Pok tempat ispisyal jak sana. Tapi kalau di food court, ada banyak pilihan. Mihun goreng ayam, nasi goreng pattaya, chicken rice, bakso, soto, rojak daging dan macam2 lagi pilihan. Order saja. Minuman pun boleh order, kadang ada yang kena tambah duit la. Alaa tambah 20c ke 50c jak..


Yuran yang dicaj RM200 ke RM1000 pun  adalah free! Letcurer yang bagus dan berpengalaman. Especially English lecturer. ICT course yang ada sangat banyak. Dari excel, words, pc maintenance, graphic design pun ada! All free. Kita boleh ambil sampai 8course pada tahun yang sama.  Bagi language course, paling femes English course la. Ada conversation English, English@Workplace, Intensive English dan creative writing. Other language yang ada ialah Mandarin, Korea and Japan. Subject to availability la. Yang ni jarang2 ada ni coz tak ramai apply agaknya. But it’s worth to try!


Syarat2 mau join course:

No.1 mesti Malaysian yang menetap di Sabah.
No.2 18 years and above for language course and 10 above for ICT course.


Cara apply free course:

1. Login to http//:www.amc.edu.my
2. Register sebagai member di web tu, then proceed with choosing the course you want!


Masa pengajian tertahluk pada course masing2 tapi akan ada pilihan. Tempat: AMC College , Likas Square Kota Kinabalu. Sebelah Sabah Trade Center. Satu jalan dengan Stadium Likas ni. Student dari KK boleh naik bas Likas yang limpas di stadium. Apapun browse website dorang ni http//:www.amc.edu.my for further info.


Okey, di sini saya share some pic yang saya snap last week.






Pic yang ni saya snap time kami ada presentation.



Saya ditemani hubby and my in law. Currently saya ambik English@Workplace Level5. Kelas saya dah start Disember 2013 and akan tamat pada pertengahan bulan May. (Meanwhile due saya bersalin adalah pada ujung bulan May.) Kelas ni tiap ari Ahad 10am to 4pm. Lunch jam12.

Come on, join the class.


Thanks for reading!

My husband and Samsul Yusuf

Assalamualaikum.


Hi everyone!

Entry kali ni saya nak kongsi pic yang kawan saya edit kat insta. Credit to Claudia Vannesa, thanks dear~




Hah! Interesting. Saya setuju tang janggut dorang jak la. Ramai orang cakap memang ada iras.. Yang saya ni bini dia, saya tak nampak pun ada iras2. Ceh! Trip artiss..  Tapi ada ni pic,



Well, kalau pic yang ni…hmm.. saya kasi 3% la. Hubby I cakap, takda maknanya iras2 rupa, iras duit la..lagi best. Hahaha dear hubby, I lobiu biarpun kita cuma tido kat mansion. Opss!


hmm..saya? tak da ka artis serupa ngan saya? Ngehehehe jangan marah~~



Thanks for dropping by!

Saturday 8 March 2014

Gift Wrapping: cara balut hadiah berkipas

Assalamualaikum~

Hi everyone!

Okey this happened last month. Its Comel’s birthday! And so I look for her a present. Hadiahnya simple saja tapi saya nak buat ia presentable and shuuwitt ^^ hihi.




Owh yang ni adala pic time saya nikah aritu. Eyeww look at me, bajet kiut tak menjadi di sana haha. Yang baju purple tu, sebelah kiri purple adalah Hasnah jiran kampung saya and yang sebelah kanan yang juga kaler purple ni adalah c Acia my foreber besfren aww~

3 gadis kecik yang duduk berpeace di depan saya pula adalah Tita adik saya, Nadia my kajen and Puteri yang juga kajen saya. And yang sebelah kirriiii sangat tu adalah Comel. Yang juga kajen saya ^^. Nah ni c Comel yang memang comel pun!



Sory pic ni blur sket coz anak ni snap pakai camera360.. bebudak..


Orytes, jom kita balut hadiah tuk Comel.


Cara balut hadiah berkipas



Hadiah berupa alarm clock kaler pink nampaknya tak dapat di tapuk di situ yee.. tapi alarm clock tu berjasa taw, tahan lagi tuh. Aaah! Jangan pertikaikan pilihan saya. Tools yang ada just scissor and celotape yang transparent. And wrapping paper and ribbon.


1. Potong wrapping paper ikut keperluan, lebihkan di bahagian atas dan bawah coz kita akan banyak melipat di sana.


2. Lipat (bahagian bawah)wrapping paper macam nak buat tangga.



3. Letakkan hadiah dan selotepkan. Biarkan space di atas tu coz kita akan melipat pula di sana.





4. Kemaskan lipatan. Ini adalah view dari belakang.


5. Then kita lipat macam lipat kipas di bahagian atas tadi. Mesti lipat banyak2 taw.


6. Temukan ujung ke ujung lipatan kipas tadi seperti pic di bawah. Kalau paper tak cukup panjang, ujung dan ujung kipas tadi takkan bertemu, sebab tu lah kita kasi space banyak sikit tadi ^^

Selotepkan bahagian yang bertemu tadi.

7. Di bahagian tengah2 kipas tu ada lubang sikit, selitkan ribbon di sana. Then ikat ribbon tersebut pada bahagian depan hadiah.

8.  Tadaa! Dah pun siap.



Inilah teknik kreatif balutan hadiah yang berkipas! Cubalah balut hadiah macam ni ^^

Enjoy!



Thanks for reading guys ^^ !

Wednesday 5 March 2014

Senarai Dan Bajet Barangan Keperluan Asas baby

Assalamualaikum.

Hi everyone ^^ !

Heee~~ pregnancy dah masuk minggu ke-28. Alhamdulillah baby sangat aktif, especially after maghrib. Hubby and me ada pegi scan 2hari yang lalu, nampaknya position baby dah dalam keadaan ready. Kepala dah kebawah, kakinya di atas (di bawah tulang rusuk saya) dan uri berada di sebelah belakang tulang punggung saya. Hee~~ Masya-Allah terharunya tengok scan baby time tuh. Laju ja saya teringat mak, mesti begini lah keadaannya masa mengandungkan saya dulu. Mom, I owe u so much :’)

Delivery due date adalah kurang dari 3bulan dari sekarang. Hubby dan saya sudah pun menyiapkan budget bagi menyambut first baby kitorang ^^. Bulan February ni keja kitorang just survey harga ja. Berpusing2 la kitorang di Kota Kinabalu ni, ada juga price yang kitorang dapat info dari orang yang berpengalaman. Di area KK ni, tempat bajet yang senang jumpa barang murah ialah Servey Supermarket, CKS, Daiso dan Ramai Jaya Menggatal. Tapi tempat2 ni bukanlah tempat jual barangan khas tuk baby. So lastly memang akan terpegi juga lah ke shopping mall yang faham2 lah pricenya macam mana. Yang penting bukan jenama tapi kualiti yang berpadanan dengan harga.

Senarai barangan keperluan asas newborn baby:
( listling ini hanya ada yang basic sahaja, sila google2 lagi tuk info tambahan)

1. Pampers –banyak di perlukam since newborn belum complete penghadamannya, so memang akan selalu ‘poo’

2. Lampin –adalah digalakkan lebih banyak pakai lampin dari pampers coz lampin lagi selamat tanpa bahan2 yang tidak diketahui dan kurang risiko ruam. Dan kos lg murah. Tapi sengsara lah nak mencuci.

3. Baju baby lengan pendek –di pakai waktu siang

4. Baju baby lengan panjang – di pakai waktu malam

5. Seluar baby- panjang atau pendek, depends on mommy coz kalau saya, saya pilih yang panjang ja semua ^^

6. Booties & mittens – sarung kaki dan sarung tangan ini akan di pakai minimum sampai baby umur 2bulan ja, so saya beli 5pasang ja. Nak 2pasang ja pun ok, cuma kena rajin lah mencuci tiap kali pakai.

7. Pembalut perut baby- yang ini selalu akan di pakai since senang terkena poo. Akan di pakai sampai tali pusat baby tertanggal sendiri, paling laju pun dalam 2-3hari dah tanggal, ada pula yang sampai 1bulan. So, saya pun beli 5 helai ja. By the way, orang kata kalau tali pusat baby cepat tanggal means baby tu seorang yang pemurah dan lembut hatinya.

8. Sarung kepala baby- kepala newborn mesti selalu di lindungi, kan masih lembut dan sensetif.. ni tak payah banyak pun coz cuma akan di pakai time jalan ja. Kalau kan rumah ja, kita boleh pakai kain selimutnya tuk coz kepala baby.

9. Sapu tangan

10. Towel

11. Wet tissue – must buy a lot.

12. Pin lampin

13. Changing mat – mat tuk tukar pampers/lampin supaya poo tak terkena tilam. Boleh juga di pakai time mandikan baby supaya tak slippery.

14. Tilam baby – lagi bagus kalau sedia dengan set bantal and bolster

15. Bantal & bolster

16. Blanket

17. Besen mandi baby

18. Toiletries – sabun mandi, syampoo

19. Tempat simpan barangan baby – kalau ada space kat almari, tak payah la beli. Or maybe beli la almari tuk baby terus. Saya pilih box sahaja dulu, kemudian nanti baru lah saya beli almari yang kiut2. Heee kita bajet yang basic sahaja yee~~

20. Minyak kelapa – yang ni actually adalah alternative dari minyak telon @ yu yee. Dengar2 ada keraguan dari kehalalan dari minyak tu. So, me and hubby decide nak buat homemade coconut oil. Minyak kayu putih pun okey, kita campur ngan air sikit coz saya takut baby kepedasan pla J

And saya ada buat costing tuk senarai barangan keperluan baby dalam bentuk excel. Cua tengok yang kaler merah2 tu means belum di beli. Belum fix ni, akan di tambah dari masa ke semasa. Hihi just for example ^^



Ada juga planning tuk monthly budget kitorang. Almaklumlah kami laki bini ni  bukan lah berduit sangat, so semua mesti dalam planning. Banyak yang belum letak harga coz kitorang belum fix mana yang kitorang nak beli ^^



Pheww~ ni baru yang basic ni. Belum masuk lagi yang lain2, contohnya beg sikut tuk angkat baby, stroller, penyangkut jemuran pakaian baby, botol susu, susu formula.. Semoga kita dikurniakan susu yang banyak supaya dapat jimat masa, tenaga dan duit$$.


Bagi moms to be yang juga inginkan format excel macam saya, maybe website ini boleh membantu>> excel templates

Okey, that’s for this entry.



Thanks for reading guys ^^ !

Friday 28 February 2014

Nasihat buat ibu mengandung

Assalamualaikum..


Hi everyone!


Sedar tak sedar dah 6bulan saya sejak saya berhenti kerja dan kandungan saya pun sudah berusia 6bulan. Alhamdulillah~ yeayy!

Selepas setengah tahun saya berhenti menjadi kuli orang lain, saya telah menjadi princess di rumah. Tak banyak kerja, (actually banyak jugak la kalau nak buat sangat) owh okey, kerja memang available ja tapi saya sendiri yang tak buat banyak kerja. Hohoho. Alaaa~~ orang ngandung kan tak boleh buat kerja berat2. 6bulan pertama adalah saat2 genting bagi wanita mengandung sebab waktu ini lah kandungan kita agak fragile. Kena jaga dengan rapi tau! Kita tak mau la ada risiko keatas ibu dan baby dalam kandungan.

Ada juga banyak pantangnya ketika tempoh kita mengandung. Ada pantang ikut adat, pantang ikut agama dan ada pula pantang ikut rasional kesihatan. Ada banyak pantang larang ketika hamil, tuan puan boleh google sendiri, memang berlambak kluar, kadang ada yang main repeat2. Agaknya dorang pi copy kot? Atau memang dah gitu? Ntah la. Selain dari informasi melalui internet, orang2 tua pun ada bagi nasihat pada saya. Di sini saya ingin share serba sedikit pengetahuan yang saya ada.


Nasihat buat wanita mengandung.

1. Dilarang menjahit atau mengunting.

 Ini adalah masalah buat saya. Sejak saya pregnant ni, hobi saya adalah menjahit(buat pin tudung bunga2) dan menyulam. Saya dah try tuk tidak pegang jarum tapi aduhh…saya failed. Lagipun ini bukan pantang dalam Islam kan? So, dengan takut2nya, saya ignore larangan ini. Tapi  saya memang takut2 la, dorang cakap nanti baby macam kena jahit la, nanti bersalin banyak kena gunting and banyak kena jahit. Sangat menakutkan, jadi saya berdoa and bertawakkal saja la.

2. Amalkan membaca surah2 dalam Quran.

Ini memang betul tau. Ada kawan saya lahirkan baby seberat 3.8kg dan lahir secara normal. Menurutnya, dia suka mengaji time pregnant. And ada lagi, yang ni pula anak cikgu. Wah umur baru 4tahun tapi dah lancer mengaji. Dan budak ni, amazingly, amat rajin berzikir taw. Masya-Allah. Dan kereta, tak buat apa2, sedar2 budak tu sedang berzikir. Ibunya cakap, masa pregnant dulu dia selalu baca Quran.

3. Jangan buat kerja berat.

Rasanya semua pun tahu pasal ni. Especially pada 3bulan yang pertama, kita elakkan buat kerja2 berat. Contohnya mengangkat benda2 yang berat atau menyental jeans atau mendaki gunung atau berkungfu. Aktiviti2 seperti ini akan memberi tekanan pada rahim dan sebarang tekanan pada rahim adalah amat bahaya kepada baby. Almaklumlah baby masih belum cukup kuat berpaut pada dinding rahim, jadi amatlah senang tuk ‘jatuh’. Nauzubillah minzalik.

Namun, apabila due tuk bersalin dah nak dekat, kita di galakkan tuk bergerak lebih aktif. Lebih aktif bukan bermaksud dah boleh buat kerja berat. Means kita masih tak boleh berkungfu. Kita digalakkan tuk bergerak lagi aktif sewaktu akhir2 bulan mengandung supaya baby kita juga aktif dan senang la kita suruh dia keluar time bersalin nanti.

4. Ikutkan makanan yang kita idamkan.

Masa mengandung, kita akan mengidam, ofkos. Bincang la perkara ini dengan suami, insya Allah suami akan faham. Ikut sahaja apa yang kita idamkan itu dengan berpada-pada. Jangan nak diet pula. Sebab yang mengidam itu adalah baby kita. Mak cakap, kalau ada yang kita idamkan tapi kita tak dapat, baby yang bakal lahir nanti akan sentiasa berliur. Pernah nampak budak kecik yang dah berumur 5tahun tapi masih berliur2? Nah, macam tu la tu.

Then ada pula yang mengidam tak boleh makan itu tak boleh makan ini. Contohnya saya tak suka ikan dan telur sedangkan ikan dan telur adalah sumber protein. Oleh sebab itu, kita gantikan la dengan sumber protein yang lain. Contohnya beef steak….chicken chop… kebab yang paling sedap lagi wangi~~~ waaa~~

5. Jaga pemakanan.

Jangan minum banyak cola, nanti baby senang kluar pramatang. Lagipun cola tu banyak gula, takut kita kena darah tinggi pula time pregnant. Coz risiko diabetis time pregnancy adalah tinggi. Jangan makan terlalu pedas. Apa yang kita makan, tu juga la yang baby akan makan. Kesian la baby kepedasan dan kepanasan kalau kita ikutkan makan yang pedas2 saja.

Saya ada dengar tentang pantang makan nanas. Dari sudut saintifik atau agama, tak ada pula pantang ini. Cuma, ada baiknya kita elakkan especially pada awal kehamilan. Coz nanas ni menggalakkan penguguran darah. Saya sendiri suka nanas and time menaip ni pun saya sedang makan nanas, tak ada masalah pula. Tapi awal 3bulan tu, saya memang tak makan nanas.

Macam saya cakap tadi, baby kita makan apa yang kita makan. Jadi makan lah makanan yang baik lagi berkhasiat. Pastikan halal, cek tanda halal jakim tiap kali beli barang makanan. Pastikan halal yang betul2 halal. Ada tanda halal tu yang ketara dibuat2 sendiri, jangan lah kita percaya. Kita tidak mahu benda haram masuk ke perut kita dan sekali gus membentuk daging baby kita.

5. Elakkan stress, jangan marah2.

Orang mengandung memang agak garang, tu la yang nenek cakap dengan saya. Sebaiknya kita elakkan marah2 ni. Yala memang kita akan senang melenting, bukannya dibuat2 tapi  ada baiknya kita try control kemarahan kita itu. Kan ka apa yang kita buat akan reflect pada baby kita juga. Takut nanti anak jadi keras hati dan garang pula. Banyakkan bersabar, motivasi diri dan carilah apa2 yang boleh buat kita sentiasa happy tapi tidak menyusahkan orang lain pula. Suggestion saya adalah kita tengok movie yang lucu2 contohnya ‘White Chick’ atau ‘Superhero Movie’ atau mungkin kita boleh sibukkan diri dengan hobby?


Well, setakat ini sahaja la entry kali ini. Probably next saya akan share lagi nasihat2 buat wanita mengandung. Or maybe anda di sana boleh share dengan saya? Komen dan pandangan anda amat di alu2kan. And sorry atas penggunaan bahasa saya yang kurang kiyut. Hiwhiw~




Thanks for reading guys!