Me and Manggis

Friday, 13 January 2017

Hotel Review: Kingston Executive Hotel, Tawau

Hi everyone!

Terima kasih kerana singgah di sini.

Christmas 2016 jatuh pada hari Ahad, thats mean 3days straight cuti. Yeayy! Kali ini kami jalan-jalan ke Tawau pula. First time ever. Ngeh ngeh ngeh.

Ada banyak pilihan hotel di Tawau dan nampaknya hotel-hotel ini semuanya berdekatan. So senang walk in saja kalau mau shopping hotel. Mesti mau the best kan. Dari Shervinton Hotel ke Monaco Dynasty, Monaco Hotel, Heritage Hotel, King Park Hotel, akhirnya Kingston Executive la yang menjadi pilihan.

Sebab kami pilih; lebih murah dengan fasiliti yang sama. Kecuali breakfast la. Tiada restoran dorang, tapi kita kan di Tawau...teda masalah pasal cari makanan di sini.

Saya suka Kingston Executive ni, biliknya luas siap ada balcony sebagai smoking area. Kami tak smoking tapi best juga ada balcony boleh tengok2 diluar. Aircondnya cukup sejuk, dan yang paling penting....internet dia laju! Patut lah ada pemuda di reception tu tak pandai berganjak, surfing internet rupanya.

Ada hot shower, free toiletteries, bilik airnya pun luas. Hiasan dalam hotel, memuaskan. Tilamnya empuk. Ada complimentary 2botol mineral water, tempat bikin air panas, teh n coffe. Siap dengan gelas dan cawan. Tiada mini fridge sini. Ada safe deposit box. Bagus ni hotel kalau banding sama Shervinton dan Heritage. Dia kalah pada hiasan dalaman saja. Hiasan dalam Kingston Executive sangat simple.

Oh ya siapa yang fobia dan takut pada suasana hotel yang suram lampu malap, boleh la ke Kingston Executive. Lampu di ruang jalan ke bilik2 hotel sini amatlah terang! Hilang semua cerita hantu gara2 terang betul jalan mau pigi bilik. Haha

Okey itu saja la. Thank you for reading!

Monday, 26 December 2016

Hotel Review: Four Point by Sheraton Sandakan

Hai! Terima kasih singgah di sini.

Actually ni bukan la first visit kami ke Sandakan. Tapi ini adalah yang pertama saya check in di Hotel. The very first, Four Point by Sheraton. Itu nama hotelnya Four Point by Sheraton. Teda perkataan hotel dalam nama dia tapi kita tau dia hotel.

Ada jockey di sini yang akan menyambut ketibaan kereta anda. Jadi kita tak perlu fikirkan tentang mana mau parking. Datang saja ke hotel kasi kunci ke jockey. Free untuk setiap penginap hotel.

Four Point ni attach dengan bangunan Harbour Mall. Jockey hotel ada di depan Mall dan di belakang Mall yang juga merupakan tempat masuk ke hotel. Kiranya pintu hotel ni dibelakang Harbour Mall la, yang berhadapan dengan laut. Reception di tingkat atas. Di bawah ni ada tempat minum2 makan cookies dan souvenier shop saja.

Di tingkat atas tingkat Reception ada sumandak gaya stewardess Air Asia akan menyambut kedatangan anda. Ruang menunggu yang luas, ada water dispenser sana siap dengan gelas. Manatau penat konon baru sampai hotel.

Kami dapat tingkat21, Deluxe Twin Room City View. Sekali masuk, bukan double single...tapi double queen bed! Waawwwww...luas. City view la tapi boleh nampak pemandangan laut juga. Tiada pic sorry ah, camera low quality kalau snap pic pun nda nampak tu garis horizon. Sangat best la view dia. Side kami yang bersebelahan dengan pasar. Night time memang meriah di bawah tu dengan lampu pasar malam banyak khemah-khemah.

Bathroom luas. Ada set toiletteries free; syampoo, sabun, body lotion, toothbrush and toothpaste mini, serkup kepala time mandi dan cottonbuds. Ada cermin magnifier dalam bathroom boleh tengok jerawat membiak. Pun ada hair dryer sana melekat di dinding.

Katil besar dan sangat selesa. TV besar, banyak channel boleh tengok. Ada mini bar lagi. Aiyaa rugi betul lupa snap pic yang ini coz so far ini la mini bar paling best saya pernah dapat tuk room rate RM200+ ini. Saya tak ingat berapa rates dia. Lagipun company yang bayar. Saya ikut2 hasben outstation baini. Haha. Ada iron dalam bilik, mini esbok, security peti besi untuk simpan barang berharga. Tiap hari ada room cleaning service. Kalau ada orang, dorang tak buat cleaning. Privacy konon. Tapi saya call juga suru minta room service gara2 anak makan biskut beterabur di lantai tempat sa solat.

Hasben ada business trip 3hari di sini, saya dan anak2 ikut sekali la. Ada ruang meja yang selesa untuk hasben buat kerja dia. Wifi free pun laju. Saya jadi bingung, mau layan anak, mau layan wifi ladju atau mau tengok tv. Banyak siaran bagus time ni. Aircond kuat, anak pun nyenyak saja tidur.

Bila hasben keluar atas urusan kerja, saya dan anak-anak stay di hotel saja tengok tv...tapi 1hari jak tahan terperuk dalam bilik. Besoknya mansau sudah sa bawa anak-anak. Tidak jauh ba, sini tingkat bawah ada pintu access terus ke Harbour Mall. Di kelilingi dengan banyak kedai makan, kedai henpon, kedai baju, kedai 24jam. Sebelah pun terus ada pasar. Since anak saya dua orang kecil lagi, 8bulan dan 2tahun 5bulan yang kakak ni, saya nda la jalan jauh. Keliling Mall saja.

Penginapan kami complimentary breakfast. Means harga tu bilik, masuk sudah la harga makan sarapan. Macam besa, jam6 sampai jam11. Restoran di tingkat 7. Makanan dia...uii baguss! Ada makanan berdiet Gluten-free, Dairy-free, memang makanan sihat la. Sihat dan sedap. Dari makanan timur sampai ke makanan barat, ada di sini. Banyak pilihan biar buffet untuk breakfast ja pun. Pastry dia pun sedap2, ada tu blueberry chesse tart dia sedap.

Di tingkat 7 ni, bukan ada restoran saja, gym dan swimming pool pun ada. Pool dia menghadap Sandakan Bay. Pemandangan indah biar nda swimming. Lupa bawa pakaian renang kalau tak, boleh sudah hasben dan anak-anak mandi di pool dia ni. Nda boleh mandi owh kalau teda pakaian renang aka santut ketat tuh.

Overall, sa kasi 4.5star tuk Four Point by Sheraton. Boleh sa kasi 5star kalau dia kasi anak sa mandi biar teda pakaian renang tu. Hehe.
Yang paling bagus dia, lokasi tempat beserta pemandangan yg magnificent! Daannn makanan dia..the best. Sure akan pigi sini lagi (kalau sukup bajet)

Monday, 24 March 2014

Yiy's Wedding @ Kota Belud

Assalamualaikum


Hi everyone!

Last month saya pegi attend wedding one of my best friend, Yiy Yiy. Which was held at Kota Belud. Seingat saya, saya memang penah pegi sini kira2 20 tahun lalu yang masa tu saya masih tak taw apa2 so, obviously saya memang tak tau apa2 tentang tempat ni. Tanya hubby pun, hubby tanya saya balik. Owh well, kita kan ada GPS. Why worry? Hahaha


The beautiful Yiy Yiy. Yang ni dia tengah pakai baju tradisional suku kaum Dusun Kota Belud.

KB! Here I come!

Then tersebutlah kesah, kitorang pakai GPS; G-P-S = Guna Pun Sesat. Teda bha pula tu tempat exist di GPS, pakai google map pun teda. Kami noticed yang kami dah sesat bila jumpa signboard Kota Marudu ahead. LOL telimpas sudah ni. Kitorang pusing balik pun tejumpa kampung2 orang yang lastly leads us to river. Patah balik lagi, jumpa pla jalan balik p KK. Huhu. Tanya orang kampung pun kami boleh sesat juga. 2x tanya, 2x la sesat. Kami kol la Yiy Yiy, rupa2nya kitorang suda jauh telimpas tu 1jalan. Kena balik pi pekan Kota Belud lagi.

Me and hubby driving dari KK ke KB, bukan men senang jak.. tu yang kompiden sangat tuh. Haihh.. Sesampai balik di pekan KB, baru la kami tejumpa jalan yang benar. Limpas karabau, limpas sawah, limpas hutan2, limpas tanah lapang, limpas kuda2, akhirnya jumpa juga rumah Yiy Yiy. Alhamdulillah..
Then saya nampak Yiy Yiy, tus saya hepi sangat2, terharu pun ada, macam mo nangis jugak saya. Eh kenapa pulak? Over bha saya ni kadang2.


Tengkiu la sama hubby yang bersabar ja dari tadi. Makasi aa~ Suda juga saya kasi sauk nasi ko banyak2 tadi kan? muehehe



Ey, macam press conference kan?

Me and hubby datang2 jak tus snap2 pic, salam peluk cium xoxo (me and Yiy Yiy ja) mesti pelik kalau hubby kami pun salam xoxo kan? Haha.

Then kami makan2, siap duduk di tempat VVIP lagi. Itu pla tempat yang paling cantik and teda orang, bha kami duduk la. Parents dorang laki bini ni amat peramah.

Ada kerisauan tu kalau pi tempat orang KadazanDusun kawin, coz dorang mesti ada aramaitii ni. Dorang kan non Muslim lagipun itu adalah adat. Tapi di sini, ada tu beer dalam tin tapi teda orang mau ni. Kena tolak2 ja bila orang pi offer. Yiy pun awal2 dah bisik, jangan risau makanan sini halal coz ada ipar dia Muslim yang masak. Memang betul pun, saya nampak sendiri macik2 bertudung yang di dapur tuh. Eh sembarang ja saya cakap macik kan? Sudah di bilang ipar puuunn.. okey la, kakak2. Kakak2 yang masak di dapur tu bertudung, so halalan thoiyiban. Alhamdulillah.

Ada tu special present saya tuk ni laki bini, teda pla pic dengan tu present.



Semoga Yiy and hubbynya bahagia sepanjang hayat.



Thanks for reading guys!

Wednesday, 12 March 2014

Not So Tangled: Rei Mihani's Story

Assalamualaikum.



Rei Mihani is my real name. Rei-Mee-Ha-Nee. Tapi itu bukan la ejaan yang betul. Saya dipanggil dengan nama len juga, Hani, Aning and Nurhayati. Heee~~~


Saya sangat suka melukis. I love painting.




I paint,


I paint,


I paint a lot!


Saya sangat banyak melukis sejak dari kecil lagi. Kesukaan saya yang lain ialah membaca buku. 

Di zaman IT sekarang pun, saya tetap lagi sukakan buku berbanding format pdf. Kalau ada yang saya suka di internet, saya akan save dalam pdf dan kemudian print out tuk saya baca macam saya baca buku.


Saya pun suka berjalan-jalan dan tengok2 keindahan alam.


But since saya tinggal dengan family, saya jarang keluar jalan jauh. Saya duduk di rumah saja la..



Family cakap, anak gadis tak boleh selalu keluar rumah. Tak manis. Lagipun selagi saya dalam jagaan family, saya mesti stay di rumah, tak boleh suka2 berjalan. Then  saya ada ramai besfren! Yang paling rapat sejak sekolah menengah sampai sekarang ialah Ca.


Dengan Ca la saya selalu berjalan dulu. Saya berkerja di head office sebuah company di Kota Kinabalu. Saya berkerja sebagai Customer Service Representative.



Saya adalah tempat orang meluah perasaan dan rasa tidak puas hati dorang. Kerja saya adalah mendengar dan menyelesaikan masalah orang.


Kadang saya akan berjumpa dengan customer yang garang dan marah2. Tapi selalunya kalau saya mendengar dengan baik dan cepat selesaikan masalah, dorang akan jadi baik!



Saya selalu berkerja dengan ramai orang. Dari cikgu tadika, deal dengan ramai budak2 yang suka bermain. Ke customer relation di restoran, deal dengan orang ramai yang lapar. Sampai la ke customer service, deal dengan orang ramai yang mengirim duit.


Tapi sekarang saya sudah tidak berkerja. Saya sudah jumpa orang yang boleh baca buku sama2 dengan saya.


So, saya balik stay di rumah.

Kemas2 rumah,


Bersihkan rumah,

Kadang saya masak, tapi masakan saya tak sedap. Saya ja yang syok sendiri.


Dan sekarang saya ada hobby baru,


Saya suka menjahit, sambil menunggu suami balik dari kerja.


Haha this is real story, except part yang suami balik rumah. Hubby tak payah la mo kena memanjat tuk sampai ke rumah.




-The End-


Thanks for reading guys!



Tuesday, 11 March 2014

Positif Mengandung: Panduan Ibu Pertama

Assalamualaikum.

Hi everyone!

Start dari positif mengandung, perkara pertama yang kita buat ialah bagitau orang. Haha part ni boleh buat macam2 cara. Orang paling suka taw kita pregnant ni.

Then, register pegi klinik. Saya sendiri, lepas 3bulan pregnancy baru register di klinik, biarpun awal2 saya dah taw saya pregnant. Why? Sebab leceh. Tiap kali pegi klinik kena ambil darah taw. Anyway dear, kita first time pregnant patut lagi cautious. First pregnancy yang baik will lead to second and so on pregnancy yang baik juga. So, sepa2 yang first pregnancy tu baik pegi klinik awal2.

Register di klinik mengandung/ klinik ibu dan anak
Document yang di perlukan:
1. IC diri sendiri
2. Salinan ic diri dan suami
3. Salinan sijil nikah
4. Surat pengesahan mengandung

Means kita kena sedia fotostet awal2 la. Mendaftar di klinik mengandung mesti ada surat pengesahan mengandung juga. Biarpun perut sudah tertonjol kluar, teda dorang pedulik tuh! Mesti ada pengesahan mengandung jugak. Surat pengesahan mengandung ni kita boleh buat di klinik yang sama kita mo register mengandung tu. Kita boleh pilih sama ada register di private klinik atau pegi kat klinik kerajaan ja. Saya berklinik di Klinik Kesihatan Menggatal sahaja. Fee RM1.

Mengandung kali pertama: Perbezaan berklinik di klinik kerajaan dan swasta.

Kalau berklinik di klinik kerajaan, kosnya lagi murah. Aaah..yang tu yang paling highlight. Kos. Mendaftar RM5 sahaja. Checking pregnancy tiap bulan kena caj free. Jumpa doc and scan baby pun free. Suplemen prenatal, vitamin2 tu suma free, termasuk lah kos imunisasi makmal. Contohnya yang ambil darah dan suntikan kancing gigi(dua kali ni kita kena kalau first time mengandung).

Satu lagi kebaikan pilih klinik kerajaan ialah dorang akan buat lawatan ke atas ibu mengandung selepas bersalin nanti. Hehe nurse free2 datang rumah. Sila kemas2kan rumah yee. Dorang ni boleh kasi tips2 yang baik sambil pantau kesihatan kita juga la ^^

Cuma yang tak bestnya, ramai sangat orang di klinik kerajaan. Maklumlah murah kaaann.. Warga asing pun bertimbun. Besakan saja la dengan pemandangan2 camtu. Sila jangan jadi racist. Dorang pun manusia juga, ibu juga, yang mengandung juga. Lagipun kita mesti didik diri sendiri tuk slalu bersabar , jaga kandungan tu. Baby berkongsi hormone dengan kita taw. Oleh sebab ramai sangat orang, masa menunggu tu pun lama la.. Kepada yang berkerja tu, baik minta cuti saja lah. Line amat panjang ni. Sudah tu, panas lagi.. Adeh..

My tips tuk yang pilih government clinic:
1. Sila beli kipas sendiri. Beli yang pakai bateri la.
2. Pastu jangan lupa cas henpon. Memang sangat boring, maybe kita boleh update fb atau main game sementara menunggu.
3. Datang la awal dari masa temujanji, coz staff keja kerajaan ni kadang pandai garang taw. Lagipun, awal datang awal lah di panggil. Hubby saya bekerja, so kami akan pastikan kami sudah di klinik sebelum klinik tu di buka lagi.

Kalau nak lagi privacy, yang tak ramai orang, then aircon banyak, saya suggest pegi private. Tempat bersih dan aman dengan bau ubat (uwekk). Beratur pun tak la sesak sangat. Private klinik akan bagi masa temujanji yang special tuk kita, kadang tak payah beratur pun. Pastu, orang yang cek kita adalah doctor atau pakar sahaja. Bukan macam di klinik kerajaan, monthly checking dorang kasi sama nurse/bidan besa sahaja. So, feeling special sikit la.

Doc yang cek kita pun adalah doc yang sama. Kalau kita dapat doc pompuan lagi bagus, puan doc ja la yang cek2 perut kita. Di klinik kerajaan, doktornya len2. Kadang kita terkena pada doc lelaki India yang pandai buat roti canai, nehh dicanai lai tu perut. Haha gurau ja la. Tapi tak selesa la kalau lelaki lain yang pegang2 perut kita. (syukur di Menggatal ni ada 2doc ja n dua2 pun pompuan. Alhamdulillah)
Tiap kali kita pegi checking pun, clinic akan buat scan. Memang tu la gadget dorang, kali2 scan. Bagus jugak, tiap kali dapat tengok baby.
Yang akan jadi masalah ialah kos. Kos akan lagi tinggi bergantung pada tempat di mana kita pegi berklinik. Kemudahan yang ada dan kepakaran doc pun amatlah costly. Cost tuk consultation pun boleh sampai ratus jugak oo. Teda la suplemen free atau vitamin2. Dorang bagi jugak tapi mahal la. Kena suntikan lagi, pemeriksaan darah lagi, tu suma kita kena bayar taw. Kalau di klinik kerajaan, nurse akan melawat dan memantau kita lepas bersalin tapi kalau di private, teda la tu suma. Kita yang mo kena lawat dorang, pastu bayar lagi.

Saya sendiri pilih klinik kerajaan ni sebab saya nak biasakan diri berklinik di tempat biasa2. Almaklumlah target nak ada anak ramai2, senang sikit buat kenduri kendara. Buat team bola sepak ka, team futsal ka, tak la susah cari orang kan? Haha.


Oh ya, sikit lagi lupa! Even kita berklinik di private pun, kita tetap boleh bersalin di hospital kerajaan taw. Cuma lambat sikit kali, ada kerenah lagi. Since kita berklinik di private. Maklumat2 pregnancy kita pun terprivate jugak la. Terpaksa doc tunggu maklumat dari clinic kita dulu coz dorang takda maklumat tentang pregnancy kita. 


Len la kalau klinik kerajaan, trus ada link dengan hospital. Eyy macam xbest pulak. Mommy2 sila la tanya2 orang dulu. Saya rasa kelecehan itu tak akan jadi kalau kita mendaftar bersalin awal di hospital kerajaan. So that pihak hospital boleh kontek n dapat maklumat awal dari private clinic tadi. Coz info tadi saya dapat pun dari sumber yang tak boleh di percayai. Haha apala saya ni macam penyebar berita palsu pulak. Eh tak la. Betul ni. Tu la yang saya dengar. Kita kan pregnant,..patut lagi cautious taw~~

Olait! Itu saja entry kali ni. Lepas ni kita cerita pasal pengalaman dan apa yang jadi masa di klinik pulak. Hihihi :D


Thanks for reading guys!



Monday, 10 March 2014

Free ICT course and language class –sponsored by Sabah State Government

Assalamualaikum


Hi everyone!


Saya sedang 4month pregnant time saya apply kursus ni. Actually saya apply tuk creative writing. Ngehehe trip2 mo jadi penulis kunun. But class wasn’t available, so dorang offer English@Workplace level5. Mula2 memang tak minat tapi boring la selalu di rumah, so I accept.


ICT course and language class ni fully sponsored by government. Free yuran pengajian. Free material (books, textbook or dictionary). Free makan lagi! Woishh makan dia…boleh makan di hotel, di food court, bakery atau mana2 tempat jual makanan yang ada di Likas Square! Dorang akan bagi baucer makan n minum, then kita akan tukar dengan makanan di kedai mana yang kita mahu. Kalau makan di hotel, makanan ada buffet. Kena ceduk oleh dorang sendiri, so memang tak banyak la. Pok tempat ispisyal jak sana. Tapi kalau di food court, ada banyak pilihan. Mihun goreng ayam, nasi goreng pattaya, chicken rice, bakso, soto, rojak daging dan macam2 lagi pilihan. Order saja. Minuman pun boleh order, kadang ada yang kena tambah duit la. Alaa tambah 20c ke 50c jak..


Yuran yang dicaj RM200 ke RM1000 pun  adalah free! Letcurer yang bagus dan berpengalaman. Especially English lecturer. ICT course yang ada sangat banyak. Dari excel, words, pc maintenance, graphic design pun ada! All free. Kita boleh ambil sampai 8course pada tahun yang sama.  Bagi language course, paling femes English course la. Ada conversation English, English@Workplace, Intensive English dan creative writing. Other language yang ada ialah Mandarin, Korea and Japan. Subject to availability la. Yang ni jarang2 ada ni coz tak ramai apply agaknya. But it’s worth to try!


Syarat2 mau join course:

No.1 mesti Malaysian yang menetap di Sabah.
No.2 18 years and above for language course and 10 above for ICT course.


Cara apply free course:

1. Login to http//:www.amc.edu.my
2. Register sebagai member di web tu, then proceed with choosing the course you want!


Masa pengajian tertahluk pada course masing2 tapi akan ada pilihan. Tempat: AMC College , Likas Square Kota Kinabalu. Sebelah Sabah Trade Center. Satu jalan dengan Stadium Likas ni. Student dari KK boleh naik bas Likas yang limpas di stadium. Apapun browse website dorang ni http//:www.amc.edu.my for further info.


Okey, di sini saya share some pic yang saya snap last week.






Pic yang ni saya snap time kami ada presentation.



Saya ditemani hubby and my in law. Currently saya ambik English@Workplace Level5. Kelas saya dah start Disember 2013 and akan tamat pada pertengahan bulan May. (Meanwhile due saya bersalin adalah pada ujung bulan May.) Kelas ni tiap ari Ahad 10am to 4pm. Lunch jam12.

Come on, join the class.


Thanks for reading!

My husband and Samsul Yusuf

Assalamualaikum.


Hi everyone!

Entry kali ni saya nak kongsi pic yang kawan saya edit kat insta. Credit to Claudia Vannesa, thanks dear~




Hah! Interesting. Saya setuju tang janggut dorang jak la. Ramai orang cakap memang ada iras.. Yang saya ni bini dia, saya tak nampak pun ada iras2. Ceh! Trip artiss..  Tapi ada ni pic,



Well, kalau pic yang ni…hmm.. saya kasi 3% la. Hubby I cakap, takda maknanya iras2 rupa, iras duit la..lagi best. Hahaha dear hubby, I lobiu biarpun kita cuma tido kat mansion. Opss!


hmm..saya? tak da ka artis serupa ngan saya? Ngehehehe jangan marah~~



Thanks for dropping by!