Me and Manggis

Friday, 28 February 2014

Nasihat buat ibu mengandung

Assalamualaikum..


Hi everyone!


Sedar tak sedar dah 6bulan saya sejak saya berhenti kerja dan kandungan saya pun sudah berusia 6bulan. Alhamdulillah~ yeayy!

Selepas setengah tahun saya berhenti menjadi kuli orang lain, saya telah menjadi princess di rumah. Tak banyak kerja, (actually banyak jugak la kalau nak buat sangat) owh okey, kerja memang available ja tapi saya sendiri yang tak buat banyak kerja. Hohoho. Alaaa~~ orang ngandung kan tak boleh buat kerja berat2. 6bulan pertama adalah saat2 genting bagi wanita mengandung sebab waktu ini lah kandungan kita agak fragile. Kena jaga dengan rapi tau! Kita tak mau la ada risiko keatas ibu dan baby dalam kandungan.

Ada juga banyak pantangnya ketika tempoh kita mengandung. Ada pantang ikut adat, pantang ikut agama dan ada pula pantang ikut rasional kesihatan. Ada banyak pantang larang ketika hamil, tuan puan boleh google sendiri, memang berlambak kluar, kadang ada yang main repeat2. Agaknya dorang pi copy kot? Atau memang dah gitu? Ntah la. Selain dari informasi melalui internet, orang2 tua pun ada bagi nasihat pada saya. Di sini saya ingin share serba sedikit pengetahuan yang saya ada.


Nasihat buat wanita mengandung.

1. Dilarang menjahit atau mengunting.

 Ini adalah masalah buat saya. Sejak saya pregnant ni, hobi saya adalah menjahit(buat pin tudung bunga2) dan menyulam. Saya dah try tuk tidak pegang jarum tapi aduhh…saya failed. Lagipun ini bukan pantang dalam Islam kan? So, dengan takut2nya, saya ignore larangan ini. Tapi  saya memang takut2 la, dorang cakap nanti baby macam kena jahit la, nanti bersalin banyak kena gunting and banyak kena jahit. Sangat menakutkan, jadi saya berdoa and bertawakkal saja la.

2. Amalkan membaca surah2 dalam Quran.

Ini memang betul tau. Ada kawan saya lahirkan baby seberat 3.8kg dan lahir secara normal. Menurutnya, dia suka mengaji time pregnant. And ada lagi, yang ni pula anak cikgu. Wah umur baru 4tahun tapi dah lancer mengaji. Dan budak ni, amazingly, amat rajin berzikir taw. Masya-Allah. Dan kereta, tak buat apa2, sedar2 budak tu sedang berzikir. Ibunya cakap, masa pregnant dulu dia selalu baca Quran.

3. Jangan buat kerja berat.

Rasanya semua pun tahu pasal ni. Especially pada 3bulan yang pertama, kita elakkan buat kerja2 berat. Contohnya mengangkat benda2 yang berat atau menyental jeans atau mendaki gunung atau berkungfu. Aktiviti2 seperti ini akan memberi tekanan pada rahim dan sebarang tekanan pada rahim adalah amat bahaya kepada baby. Almaklumlah baby masih belum cukup kuat berpaut pada dinding rahim, jadi amatlah senang tuk ‘jatuh’. Nauzubillah minzalik.

Namun, apabila due tuk bersalin dah nak dekat, kita di galakkan tuk bergerak lebih aktif. Lebih aktif bukan bermaksud dah boleh buat kerja berat. Means kita masih tak boleh berkungfu. Kita digalakkan tuk bergerak lagi aktif sewaktu akhir2 bulan mengandung supaya baby kita juga aktif dan senang la kita suruh dia keluar time bersalin nanti.

4. Ikutkan makanan yang kita idamkan.

Masa mengandung, kita akan mengidam, ofkos. Bincang la perkara ini dengan suami, insya Allah suami akan faham. Ikut sahaja apa yang kita idamkan itu dengan berpada-pada. Jangan nak diet pula. Sebab yang mengidam itu adalah baby kita. Mak cakap, kalau ada yang kita idamkan tapi kita tak dapat, baby yang bakal lahir nanti akan sentiasa berliur. Pernah nampak budak kecik yang dah berumur 5tahun tapi masih berliur2? Nah, macam tu la tu.

Then ada pula yang mengidam tak boleh makan itu tak boleh makan ini. Contohnya saya tak suka ikan dan telur sedangkan ikan dan telur adalah sumber protein. Oleh sebab itu, kita gantikan la dengan sumber protein yang lain. Contohnya beef steak….chicken chop… kebab yang paling sedap lagi wangi~~~ waaa~~

5. Jaga pemakanan.

Jangan minum banyak cola, nanti baby senang kluar pramatang. Lagipun cola tu banyak gula, takut kita kena darah tinggi pula time pregnant. Coz risiko diabetis time pregnancy adalah tinggi. Jangan makan terlalu pedas. Apa yang kita makan, tu juga la yang baby akan makan. Kesian la baby kepedasan dan kepanasan kalau kita ikutkan makan yang pedas2 saja.

Saya ada dengar tentang pantang makan nanas. Dari sudut saintifik atau agama, tak ada pula pantang ini. Cuma, ada baiknya kita elakkan especially pada awal kehamilan. Coz nanas ni menggalakkan penguguran darah. Saya sendiri suka nanas and time menaip ni pun saya sedang makan nanas, tak ada masalah pula. Tapi awal 3bulan tu, saya memang tak makan nanas.

Macam saya cakap tadi, baby kita makan apa yang kita makan. Jadi makan lah makanan yang baik lagi berkhasiat. Pastikan halal, cek tanda halal jakim tiap kali beli barang makanan. Pastikan halal yang betul2 halal. Ada tanda halal tu yang ketara dibuat2 sendiri, jangan lah kita percaya. Kita tidak mahu benda haram masuk ke perut kita dan sekali gus membentuk daging baby kita.

5. Elakkan stress, jangan marah2.

Orang mengandung memang agak garang, tu la yang nenek cakap dengan saya. Sebaiknya kita elakkan marah2 ni. Yala memang kita akan senang melenting, bukannya dibuat2 tapi  ada baiknya kita try control kemarahan kita itu. Kan ka apa yang kita buat akan reflect pada baby kita juga. Takut nanti anak jadi keras hati dan garang pula. Banyakkan bersabar, motivasi diri dan carilah apa2 yang boleh buat kita sentiasa happy tapi tidak menyusahkan orang lain pula. Suggestion saya adalah kita tengok movie yang lucu2 contohnya ‘White Chick’ atau ‘Superhero Movie’ atau mungkin kita boleh sibukkan diri dengan hobby?


Well, setakat ini sahaja la entry kali ini. Probably next saya akan share lagi nasihat2 buat wanita mengandung. Or maybe anda di sana boleh share dengan saya? Komen dan pandangan anda amat di alu2kan. And sorry atas penggunaan bahasa saya yang kurang kiyut. Hiwhiw~




Thanks for reading guys!